Advertisement

Jom cuba "Red Velvet Cupcakes" di dalam jar,


Asalamualaikum.....

Hari ini saya nak kongsi kepada anda tentang cara cara untuk membuat cup cake, tetapi kali ini bukan sekadar cupcake yang biasa tau. hari ini saya nak kongsikan cara untuk membuat cupcake yang dihidangkan di dalam jar.

ini bukan lah kenapa saya letakkan di dalam jar, ini adalah untuk senag di simpan serta mudah, so anda cuma hasilkan sekali dalam kuantiti yang agak bnyak dan kemudian simpankanya di dalam peti sejuk, dan apabila anda ingin memakanya mudah sahaja cuma keluarkan dari peti sejuk dan panaskan nya sekejap dan terus boleh makan. se baik-baiknya gunakan lah jar yang kedap udara kerna boleh memanjangkan jangka hayat cupcake anda.

BAHAN BAHAN
(12-16 cupcakes)

250g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk koko
113g butter
160g gula kastor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
240ml buttermilk
2 sudu besar pewarna merah
1 susu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat

CARA CARA
1. Ayakkan sekali tepung, baking powder, garam dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Didalam buttermilk, campurkan esen vanilla dan pewarna merah. kacau rata.
3. Didalam mangkuk, masukkan butter dan gula. Pukul sehingga pucat. Kemudian, masukkan telur satu persatu sambil pukul adunan sehingga kembang.
4. Kurangkan kelajuan mixer dan masukkan bahan kering (adunan tepung) berselang seli dengan adunan buttermilk. pukul sebati.
5. Didalam mangkuk kecil, masukkan soda bikarbonat dan cuka. gaul dan masukkan dengan segera kedalam adunan cupcake. Gaul rata.
6. Masukkan kedalam bekas cupcake 2/3 penuh dan bakar didalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu 170c dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing2. 
7. Sejukkan diatas redai, apabila sudah sejuk sepenuhnya boleh lah kuakan dari acuanya dan potung kepada 3 lapisan, masukkan kedal jar sambil di lapiskan dengan pastry cream, dan bolehlah dihias diatasnya dengan simple frosting yang digemari.

Catat Ulasan

0 Ulasan