Membuat kek ini lebih banyak melibatkan kaedah teknikalnya bermakna pembuatannya perlu lebih teliti dari segi sukatan, bahan-bahan yang digunakan dan pantang larangnya. Tak perlu menggukan ovalette asalkan tekniknya betul. Kalau tekniknya betul nak buat kek swiss roll atau kek span ke pasti menjadi punya. Pertama kali saya membuat kek ini, teksturnya terlalu cair dan bila di jalur-jalurkan ianya meleleh dan kek menjadi terlalu nipis untuk digulung. Kemudian saya mencuba sekali lagi tetapi menggunakan telur yang lebih kecil dan barulah kek boleh digulung dan rupanya seperti diatas tu. Mungkin bila buat kali ke-3, kek ini akan lebih cantik lagi kot!
Jika anda handak mencuba kek ini, saya sarankan anda melihat cara-cara membuatnya di link diatas. Gunakan telur yang bersaiz kecil dan segar. Saya hanya gunakan 5 warna sahaja dan saya gunakan whipping cream sebagai inti didalamnya.
Kek Swiss Roll Pelangi
Bahan-bahan A
5 biji kuning telur
1/3 cawan gula castor
Sedikit parutan lemon
1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan B
5 biji putih telur
1/3 cawan gula castor
Bahan-bahan C
2/3 cawan tepung kek
1 sudu teh soda bikarbonate
3 sudu besar mentega cair
Cara membuatnya
Panaskan oven 170-180C dan sediakan loyang 10×10 inci dan lapik loyang dengan kertas minyak yang telah diglis dengan sedikit mentega
Bahan A - Pukul kuning telur sehingga ianya bertukar warna sedikit pucat
Masukkan gula sedikit demi sedikit
Teruskan memutar dan akhir sekali masukkan jus lemon dan parutan kulit lemon
Ketepikan
Bahan B-Pukul putih telur sehingga kembang
Masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga ianya kental
Ketepikan
Bahan C-Ayak kedua-dua bahan dan ketepikan
Ambil adunan dari bahan A dan masuk sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. Kaup adunan
Tuangkan bahan c ke dalam adunan tadi
Kaup balik adunan sehingga ianya rata
Bahagikan adunan kepada 5-6 bahagian dan warnakan mengikut citarasa sendiri. Kacau adunan bersama pewarna dengan lemah lembut ye…..
Masukkan aduanan ke dalam piping beg.
Jalur-jalurkan aduan diatas loyang dan kemudian bolehlah dibakarselama 10 minit.
Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan
Setelah itu gulung kek dengan tuala dan terbalikkan kek untuk mengeluarkan alas bawahnya.
Sapu rata whipping krim (yang telah diputul sehingga ianya kental) dan gulung dengan kemas
Masukkan kek tadi ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam dan kemudian bolehlah dipotong dan dihidangkan.
0 Ulasan