Advertisement

Resepi Tortilla Ayam Panggang


Bahan-Bahan:
  • 3 ketul peha ayam
  • 3 keping roti tortilla
  • 10gm daun salad
  • 10gm timun
  • 10gm tomato
Bahan Perapan dan Sos:
  • 50gm cili kering
  • 15gm bawang merah
  • 10gm bawang putih
  • 10gm halia
  • 10gm serai
  • 50ml santan
  • 1 biji buah keras
  • Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Kisar semua bahan perapan kecuali santan dan bahagikan kepada dua adunan.
2. Satu adunan bahan perapan digunakan untuk perapan peha ayam. Perap selama sejam. Asingkan.
3. Setelah itu, panggang peha ayam sehingga masak. Sejukkan seketika & hiris nipis.
4. Kemudian untuk membuat sos pula, ambil adunan perapan kedua tadi dan didihkan bersama santan. Perasakan sehingga pekat. Ketepikan.
5. Setelah itu panaskan roti tortilla seketika dan sapukan sos.
6. Seterusnya letakkan hirisan peha ayam panggang bersama sayuran di tengah-tengah roti. Gulung dengan kemas.
7. Akhir sekali, hidangkan bersama sos percik tadi. Sedia untuk dimakan.

Catat Ulasan

0 Ulasan