Advertisement

Resepi - "Kek Pelangi"


Assalamualaikum w.b.t


Harini ada member request nak resepi kek pelangi. Ni nak kongsi ni :)


Kek Pelangi


Bahan-bahan
2 cawan self-rising flour
1 cawan gula pasir halus
5 biji telur
250g butter
Pewarna (kuning, biru, hijau, ungu, merah, oren)
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair (kacau susu pekat dengan susu cair sampai rata)


Cara-cara
1. Pukul butter dengan gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan yang sedang dipukul.
3. Masukkan esen vanilla. Bila dah sekata, keluarkan dari mixer, dengan menggunakan spatula, masukkan self-rising flour sikit-sikit berselang dengan susu (sus cair+susu pekat). Kacau dengan spatula.
4. Selepas sekata, masukkan adunan kedalam 6 mangkuk. Masukkan pewarna.
5. Masukkan adunan yang berwarna tadi ke dalam loyang yang berasingan ikut warna untuk dibakar. (Kalau ada 3 loyang, maknanya kena 2 kali bakar lah) Loyang tu macam biasa, guna kertas minyak, minyak dengan tepung. Tak nak bagi melekat.
6. Bakar adunan 15min 140 degree





Biarkan sejuk sebelum letak ising.


Ising ( Ising keju/ Ising mentega)


Ising ni korang pilih la nak ising mana satu. Kalau aku buat haritu guna ising keju sebab mama cakap tak muak. Kalau ada yang suka ising biasa pun boleh je :)


Ising keju
Bahan-bahan
360g cheese philadelphia
70g mentega
200g gula ising (kurangkan if tak nak manis sangat)


Cara-cara
1. Putarkan cheese (dipotong untuk memudahkan kerja) dan mentega sampai kembang
2. Masukkan gula ising dan kacau rata.
3. Siap!


Ising Mentega
Bahan-bahan
150g krimwell
50g mentega tulen
230g gula ising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan meringue powder


Cara-cara
1. Timbang krimwell
2. Ayak guna ising sebelum digunakan
3. Timbang mentega lembut
4. Putar krimwell sampai ringan
5. Masukkan mentega dan putar lagi
6. Masukkan gula ising dan putar dengan kejaluan perlahan dulu.
7. Campurkan esen vanilla
8. Kacau semua bahan sampai gebu

Catat Ulasan

0 Ulasan