Advertisement

4 Petua Mengurangkan Masin Dalam Masakan

Masin, masakan, memasak, petua,



Masakan yang dimasak oleh anda ada kalanya terlebih masin kan. Kata orang biar terkurang garam kelak boleh ditambah, tapi dah terlebih garam, macam mana pula nak dikeluarkan garam tu? Tak perlu susah hati kerana ada beberapa petua yang mudah untuk mengurangkan kemasinan dalam masakan.
Masakan yang masin boleh dikurangkan dengan cara:
1) Menggunakan Ubi Kentang
Ubi kentang itu hendaklah dipotong dadu atau disagat, kemudian masukkan dalam masakan yang telah terlebih masih tersebut. Renihkan masakan selama kira-kira 8 minit (atau sehingga kentang empuk) . Jika anda tak mahu kentang tu ada dalam masakan anda bolehlah ditapis keluar kentang tersebut. Jika tidak biarkan saja dalam masakan.
Jika anda tidak mempunyai kentang boleh juga menggunakan timu yang dipotong memanjang.
2) Hampas Kelapa
Ambil hampas kelapa agak-agak dalam sejemput (atau mengikut jumlah yang diperlukan).  Letak dalam kain yang nipis dan dibunjutkan. Letak dalam masakan anda dan dimasak selama 15 – 20 minit. Keluarkan bunjut.
3) Pelepah Pisang
Dapatkan pelepah pisang kira-kira 4 cm. Bersihkan dan masukkan dalam masakan. Biarkan sehingga masakan mendidih. Keluarkan pelepah pisang dari masakan.
4) Tutup Periuk
Selepas masakan dimasak, tutup ia dan jangan dibuka tutupnya. Biarkan beberapa ketika. Kemudian buka tutupnya dan basuh tutup tersebut. Tanpa mengelapnya tutup kembali masakan. Biarkan saja jangan dibuka sehingga masa menghidang. Hidangkan dan rasa terlalu masin akan hilang dari masakan.

Catat Ulasan

0 Ulasan