Advertisement

Resepi "Mangga Asam Boi" Yang Sedang Popular


Pasti anda terliur melihat gambar resepi kali ini gara-gara dapat membayangkan keenakan dan kerangupannya.
Mangga muda cukup terkenal dengan rasa masam dan lemak, oleh sebab itulah ia menjadi kegilaan orang ramai lagi-lagi kaum wanita dan ibu mengandung.
Memang larislah buah ini jika dijual menjadi jeruk, malah sejak akhir-akhir ini mangga asam boi yang dijual peniaga-peniaga online telah  “trending” di kalangan netizen.
10730931_693131377430573_1618192730416799631_n
Sebenarnya, resepi membuatnya amatlah mudah dan cepat untuk dilakukan, malah hanya beberapa bahan sahaja digunakan.
Jadi kepada peminat asam atau mangga, jom check bagaimana nak buat resipi  yang mengecurkan liur ini.
Bahan-bahan:
3 biji mangga muda
6 biji asam boi
5 biji cili api
3 sudu gula
Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan-bahan dalam bekas dan gaulkan. Kemudian sejukkan dalam peti ais beberapa jam.
Walla.. mangga asam boi dah sedia pun untuk dimakan!
mangga2
Hah, tengok gambar sahaja sudah membuatkan ramai kecur air liur kan?
Cubalah  untuk rasai sendiri keenakan resepi ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan