Advertisement

Jom cuba "Nougat bersalut chocolate"


Asalamuaikum......

Kalini saya nak share ngan korang cara untuk membuat nougat bersalut dengan chocolate, apakata tahun ini try jadikan nougat bersalut chocolate plak sebagai juadah perayaan anda atau jadikan ia sebagai kuih raya anda tahun ini, 

dibawah ini saya sediakan bahan-bahan serta cara untuk membuat nya harap korang boleh lah trynya dirumah nanti.


Bahan-bahan


250 gmGula
325 gm Glucose
50 gm Air
75 gm Putih Telur
125 - 200 gm campuran kacang yang sudah dibakar



Cara membuat

1.Masakkan gula, glucose dan air sehingga berwarna agak kekuningan.

2.Sementara itu pukulkan putih telur separuh kembang dan terus masukkan separuh daripada air gula tadi, pukul kenbang.

3.Masukkan baki air gula dan pukul lagi hingga pekat n likat serta adunan agak sejuk.

4.Digalakkan menggunakan mesin pengadun yang tahan lasak.

5.Campurkan kekacang, kacau sebentar sahaja.

6.Tuang adunan atas meja atau dulang yang telah diletak gula ising. ratakan dan biarkan sejuk.

7.Potong mengikut saiz yang dikehendaki dan celup dalam coklat masakan, keringkan dan boleh dihidangkan.

8.Gula ising digunakan agak banyak bagi mengelakkan adunan melekat di dulang, meja serta pisau pemotong.

9.akhir sekali sesudah memotong boleh lah di celupkan di dalam chocolate sebelum dihidang kan yer.

SELAMAT MENCUBA

Catat Ulasan

0 Ulasan