Advertisement

Jom cuba buat "Vietnam beef noodle" yg enak...

Vietnam beef noodle, Vietnam pho bo,


Orang kata, bila kita berkunjung ke tempat orang adalah tidak lengkap kunjungan kita apatah lagi penghayatan kita terhadap budaya sesuatu tempat jika tak mencuba hidangan tradisi atau 'street-food' setempat. Rugi! Kerana pada pandangan peribadi saya, makanan sepertimana pakaian dan cara hidup adalah sebahagian daripada budaya.
Kali pertama berkunjung ke Saigon, Vietnam, saya seperti tipikal orang Malaysia yang lain tetap juga mencari makanan Melayu/Malaysia. Terus terang cakap, minda saya agak kurang terbuka nak mencuba makanan tradisi setempat gara-gara pengalaman yang agak kurang menarik di Bali dulu. Kerana kedua-dua tempat ini (Vietnam dan Bali) bukanlah negara Islam, jadi memang tak boleh expect jumpa halal food dengan mudah. Apatah lagi nak jumpa traditional food yang halal. Jangan salah faham, di Bali bukan tak ada halal food. Ada.  Pilihannya terhad iaitu masakan padang which is bukan traditional food Bali. Kalau sudi boleh cuba makan dari penjaja kereta sorong atau penjaja menjunjung bakul. Tapi tahap kebersihan sukar ditebak.
Di Saigon pula, untungnya saya menginap di hotel yang terletak di sebuah jalan yang didominasi peniaga Islam berketurunan Melayu Champa. Nak makan halal tak susah. Tapi mahal untuk pengunjung berbajet rendah seperti kami. Kali pertama ke sana kami end up makan nasi berlaukkan ayam masak merah dan sayur. Masakan biasa orang Melayu kita. Hanya pada kunjungan kali kedua penghujung April lepas kami berpeluang menikmati kelazatan makanan tradisi masyarakat Vietnam iaitu Pho Bo atau Beef Noodle Soup - Kuetiaw Sup Daging. 


Vietnamese Beef Noodle

Bahan-bahan

500g tulang lembu- ita takde jadi ita tambah kiub sup tulang
500 g daging batang pinang- dipotong nipis-nipis
2 inchi halia - ikut kesukaan tapi ita guna 2 inchi je
sebiji bawang besar
4 ulas bawang putih - ita tambah
4 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
2 kuit kayu manis
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos ikan
sedikit garam
sedikit gula
10 cawan air

bahan lain
banh pho atau bihun yang 3 mm lebarnya- di rendam dan direbus ingat jangat rebus keterlaluan takut lembik.
daun sup
taugeh
limau nipis atau lemon
sambal kicap untuk rasa pedas- optional

* ita saja tambahkan sawi celur sedikit dan kucai yang dicelur..:)



Cara-cara

1. Rebus tulang dan daging yang dipotong nipis sekejap untuk membuang keledak-keledak daging. Biasanya bila kita rebus daging ada timbul buih2 dagingkan jadi untuk membuang buih tu rebus sekejap daging dan tulang itu. jangan lama dalam 2 minit sahaja.
2. Basuh daging dan tulang tadi dan buang air yang direbus tadi.
3. Masukkan air 10 cawan dan daging serta tulang untuk membuat kuah dan bila sudah nmpak empuk perlahankan api dan buang keledak2 jika masih ada.
4. Dalam periuk yang berasingan tumis halia, bawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. sehingga naik bau. Setelah itu masukkan kedalam periuk rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada putih..serta kiub tulang jika suka. rebus sehingga daging betul-betul empuk Lebih kurang 40 minit - 1 jam mengikut daging masing2. Setelah itu keluarkan daging dan masukkan sos ikan, garam, gula.
5. Daging yang dikeluarkan dibiarkan tos dan akan bertukar warna sedikit.
6. masak lagi kuah hingga mesra dan ita masukkan sedikit jus lemon 2 sudu dan boleh la ditutup apinya.
7. Didalam mangkuk yang untuk menghidang masukkan bihun tadi, masukkan kuahnya,daging yang diasingkan tadi, taugeh celur, limau, sayuran kegemaran dan tabur daun sup. Boleh dimakan bersama cili jika inginkan pedas.

Catat Ulasan

0 Ulasan