Assalamualaikum....
Bertemu sekali lagi kita di hujung minggu... Sekali lagi kita bertemu dalam ruangan step by step.
Kali ni ita nak tunjukkan cara2 tuk buat cheese tart. Sebenarnya bukan
mudah nak buat step by step ni sebab ita sesorang kan mana nak buat adunan dan mana
pula tangan yg nak pegang camera.. hihi tapi kerana adik akak kat luar sana minta
tunjukkan cara2nya akak buatkan juga lah cara2 macam mana buat cheese tart ni..
semoga apa yg tunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu adik2 kita yg gemarkan
cheese tart ni...
Kali ni ita gunakan resepi dari Azita. Nama hampir sama tapi orang tak sama... hehe.. :)
Resepi dari Azita ni sangat sedap dan cukup simple cara buatnya..
ok tampa buang masa kita kedapur dan lihat bahan2 yg diperlukan.
Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan
simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal.
Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.
Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan
crust menjadi keras sangat.
Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry,
strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni.
Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat
kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita
meletakkan ia dalam shell tadi.
Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita.
Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan.
JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan
kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam
piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka.
Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan
ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti
dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
- Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
- Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
- Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada
- atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari.
Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.
Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung
kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese
Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan
dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba!

0 Ulasan